SAPP RAI HARI RAYA BERSAMA RAKAN MUSLIM
KOTA KINABALU, 13 Sept 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) meluangkan masa
mengunjungi rakan-rakan Muslim disekitar Ibu Negeri sambil merayakan Hari
Raya Aidil Fitri bersama pada Jumaat dan Sabtu.
Pada Hari Raya pertama, satu rombongan para pemimpin SAPP yang diketuai
Presiden Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee telah mengunjungi kediaman
bekas Yang DiPertuan Negeri Tun Sakaran Dandai di Kampung Likas, di sini.
Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah telah diiringi isteri Datin Seri
Stella Yong, Timbalan Presiden Datuk Liew Teck Chan, beberapa Naib
President, Setiausaha Agung dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi.
Pada sebelah petang, rombongan SAPP itu telah mengunjungi kediaman bekas
Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor di Putatan, dekat sini,
sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin politik veteran itu.
Rombongan SAPP itu seterusnya mengunjungi kediaman salah seorang Penasihat
Parti, Datuk Haji Murshidi Haji Nambi di Sembulan, di sini.
|