Setinggan baru ancam alam sekitar
DBKK harus bertindak tegas
[Komen] KOTA KINABALU, April 10, 2011: Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK)
harus mengambil tindakan tegas terdapat penceroboh tanah simpan
kerajaan untuk kepentingan peribadi.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai John melahirkan rasa
kesal diatas kegagalan DBKK memantau dan mencegah pembinaan rumah
secara haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di Kampung Muhibah,
Jalan Tanjung Aru (berhampiran dengan Rumah Persekutuan di Sembulan).
"Pokok-pokok ditebang, dibakar pembekaran terbuka dan tanah dicangkul
sesuka sesuka hati. Ia bukan sahaja mengancam kerosakan alam sekitar
malah risiko tanah tuntuh.
"Saya nampak kecerunan tidak mengizinkan
apa-apa pembinaan rumah dibuat selain dipelihara sebagai hutan simpan
untuk mengekalkan kehijauan hutan dalam bandaraya, lebih menyakitkan
mata rumah dibina ala-ala "Kandang Ayam" '
"Apakah status tanah di Kampung tersebut? Adakah ia mereka (pembuat
rumah) ini mendapat kelulusan daripada DBKK. Dimana Ketua Kampung dan
badan JKKK di Kampung tersebut? Jika DBKK terus membiarkan perkara ini
berlaku adakah sasaran kerajaan menjadi setinggan sifar pada tahun 2015
akan tercapai?
"Sekurang-kurangnya Ketua Kampung, badan JKKK atau DBKK boleh memasang
papan tanda atau notis amaran di kawasan tersebut atau kerap mengadakan
lawatan mengejut. Jika penduduk asal enggan mematuhi arahan roboh
sahaja semua setinggan di Kampung tersebut." Katanya.
Pihak DBKK harus mengambil tindakan segera sebelum ada apa-apa kejadian
buruk berlaku sekiranya semua ini bukan arahan DBKK. Pihak berkuasa
juga harus menyiasat Ketua Kampung dan JKKK (Jika ada) di kampung
tersebut agar tidak berlaku penjualan lot untuk kepentingan peribadi
disamping mengelakkan rumah setinggan terus bertambah di kawasan
tersebut. Jangan benarkan sesiapa sahaja membina rumah baru dan
melakukan penebangan pokok sesuka hati.
Kita harus mengambil ikhtibar apa yang berlaku di semananjung baru-baru
ini yang banyak mengorbankan banyak nyawa akibat tanah runtuh yang juga
berlaku akibat perbuatan manusia.
INSAN TERTANYA-TANYA
Sembulan
|