Keputusan kes saman Harris diketahui 29 Feb
KOTA
KINABALU: Mahkamah Tinggi disini pada 29 Februari, tahun depan akan
menyampaikan keputusan mengenai kes tuntutan mahkamah yang difailkan oleh
bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Mohd Salleh terhadap Parti Maju Sabah
(SAPP) dan Presidennya Datuk Yong Teck Lee kerana menyindirnya terlibat
dalam menyebabkan tragedi Double Six yang mengorbankan Tun Fuad Stephens
dan kesemua yang menaiki pesawat Nomad itu pada 6 Jun,1976.
Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Rahman Sebli menetapkan tarikh itu
selepas defendan menutup kesnya selepas saksi terakhir, Yong, 59, yang
juga bekas Ketua Menteri selesai memberi keterangan pada Jumaat.
Mahkarnah memerintahkan defendan memfailkan hujah bertulis sebelum 20
Januari, tahun depan dan plaintif memfailkan jawapan bertulis sebelum 10
Februari, tahun depan.
Pendengaran yang bermula pada 16 November, tahun ini menyaksikan Harris
sebagai plaintif tunggal sementara defendan memanggil tujuh saksi
sepanjang bicara itu.
Harris, sebagai plaintif memfailkan writ saman pada 19 Julai, 2010,
menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan tidak kurang daripada RM50 juta
daripada Yong, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan SAPP sebagai
defendan kedua, kerana memfitnah.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan sama ada dengan
sendiri atau pekerja atau ejennya daripada mencetak dan menerbitkan
kenyataan dan fitnah serupa dalam apa sahaja bentuk atau cara.
Harris diwakili oleh peguam Yunof Maringking dan Trevor Kenneth Maringking
sementara Yong dan SAPP diwakili oleh peguam Datuk Simon Shim dan Flora
Dius.
Shim, terdahulu, memberitahu Mahkamah bahawa tidak perlu untuk memanggil
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai saksi defendan kerana defendan telah
mengemukakan kes dan hujah mereka dalam pendengaran itu.
Ketika pemeriksaan utama semula oleh Shim, Yong berkata dalam kenyataannya
yang diterbitkan pada 5 April, 2010, tidak merujuk kepada plaintif dalam
sebarang cara pun dan sekiranya beliau, ingin menuduh plaintif, beliau
akan berbuat dernikian, namun, beliau tidak berniat sedemikian dan juga
tidak dinyatakan dalam kenyataan tersebut.
Yong turut berkata dia tidak bersetuju dengan plaintif dimana beliau
mencadangkan siasatan semula nahas udara yang mungkin dapat mendedahkan
sabotaj kerana ia jelas menyatakan bahawa mungkin tiada sesuatu yang baru
ditemui daripada siasatan semula itu.
"Kenyataan sama bahawa tiada sesuatu yang baru akan ditemui daripada
siasatan semula yang juga terkandung dalam kenyataan akhbar yang
diterbitkan pada 9 April, 2010. Oleh itu, pendapat plaintif bahawa
siasatan semula mungkin akan mendedahkan,sabotaj adalah hanya imaginasinya,
kata beliau selepas Shim meminta beliau menjelaskan kenapa beliau tidak
bersetuju dengan plaintif ketika pemeriksaan balas, Khamis lalu.
Kepada soalan lain ketika pemeriksaan utama semula, Yong berkata beliau
juga tidak bersetuju dengan pendapatn plaintif bahawa plaintif menjadi
sasaran kepada gesaan siasatan semula nahas udara itu kerana gesaannya
adalah untuk menyiasat semula nahas tersebut dan tidak merujuk kepada
plaintif dalam kenyataannya.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh Trevor dalam sesi malam
Khamis lalu, Yong tidak bersetuju dengan Trevor bahawa defendan tidak
serius apabila menggesa siasatan semula nahas udara kerana tiada
permohonan rasmi kepada pihak berkuasa atau tindakan altenatif diambil
oleh defendan atas gesaannya untuk siasatan semula itu.
Yong bersetuju dengan Trevor bahawa sebelum beliau (Yong) membuat
kenyataan akhbar itu pada 4 April tahun lepas dan diterbitkan hari
berikutnya, beliau tidak memeriksa sendiri cerita itu dengan Tengku
Razaleigh, sama ada ianya adalan benar dan tepat. - CDB
|