SAPP akan terus gesa kes Nomad terhampas dibuka semula
KOTA
KINABALU, Mac 3, 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, ia akan terus menggesa
putrajaya membuka semula kes pesawat Nomad penerbangan Sabah yang terhempas di
perairan Sembulan pada 6 Jun, 1976 supaya rakyat Sabah dapat mengetahui cerita
sebenar di sebalik tragedi Double Six itu.
Ahli Majlis Tertinggi SAPP Bahari Aship berkata, Mahkamah Tinggi di sini dalam
keputusannya dalam saman fitnah yang difail mantan Ketua Menteri Tan Sri Harris
Salleh terhadap SAPP dan presidennya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, telah
berkata yang tidak ada salahnya bagi Yong untuk meminta siasatan semula terhadap
tragedi itu.
"Jadi tidak ada salahnya meminta tragedi Double Six itu disiasat semula.
Nampaknya para pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk mereka dari Sabah telah
tersalah anggap," katanya.
Katanya, Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Menteri Umno Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin tersilap apabila beliau katakan pembohongan telah menjadi
trend dalam kalangan pembangkang.
Bahari berkata, Rosnah sudah keterlaluan apabila beliau menyatakan kita (ahli-ahli
potitik) tidak seharusnya menjadikan bercakap bohong sebagai satu tabiat, yang
nampaknya telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang".
Katanya, tragedi Double Six itu berlaku 36 tahun lalu tetapi sehingga hari ini
Putrajaya tidak pernah mengumumkan hasil siasatannya.
"Penduduk Sabah harus diberitahu apa yang sebenarnya berlaku," kata beliau.
Mengenai kenyataan Rosnah bahawa para pemimpin politik harus mempunyai sikap
bertanggungjawab atas apa jua kenyataan yang mereka buat, Bahari berkata, SAPP
memang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuatnya.
Bahari berkata, SAPP tidak pernah bercakap bohong.
|